Wednesday, October 20, 2010

Politik di Malaysia

LEwat kebelakangan ni, kite lihat politik di Malaysia kian rancak atas kerana ura2 mengatakan bahawa PRU ke 13 akan dilangsungkan tahun 2011, yakni tahun depan. Rancaknya UMNO, sebegitulah lawan-lawan yang terdekat, KEADILAN dan PAS...
Banyak isu yang dibentangkan. Banyak pihak bertukar angin, ramai jugalah yang tuduh menuduh, mencari kelamahan masing-masing. Jika kita lihat dari segi persaingan sihat, ini sedikit sebanyak akan memberi peluang pihak masing-masing melihat, menilai dan juga mengetahui kelemahan masing-masing. Iyalah, satu pihak sudah lebih 50 tahun memerintah, bak kata orang dah terlalu selesa di atas, hitam dikatanya putih, merah dikatanya kelabu. Di pihak satu lagi, ketidaksabaran berdasarkan penilaian baru-baru melihatkan banyak pihak menyokong mereka, berdasarkan PRU yang lepas.
Saya? Saya hanyalah seorang belia berusia 23 tahun yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian. Tahun akhir, berkelayakan untuk mengundi dan berkemungkinan akan mengundi sekiranya PRU 13 diadakan tahun hadapan. Ketanggungjawaban tidak diketepikan, yang mana bangsa muda masa kini perlu ada tenggungjawab dalam diri untuk menentukan masa depan negara. Pada saya, mana-mana pihak yang memerintah, asalkan kita tidak berpecah, kelangsungan kaum dipelihara, ekonomi untuk semua, hak sama rata sudah mencukupi disamping kepentingan golongan intelek tidak di anaktirikan.
Lagi sekali, saya siapa? Anak melayu yang dilahirkan di Selangor 1987. Dari kecil hingga kini saya melihat dunia. Mungkin kebanyakan mengatakan saya baru setahun jagung. Tetapi zaman kini, jagung muda lagi sedap dari jagung tua. Tidaklah memihak kepada mana-mana pihak, cuma kecewa dihati melihat manusia sentiasa bersifat tidak suka pada mana-mana manusia melainkan manusia itu menuruti kehendaknya. Sehingga lah sanggup mencium tangan, memuja, menjulang dan malahan menjunjung seseorang kerana kata-kata yang mempengaruhi. Saya dahulu sebegitu, memuja orang hanya kerana kata-kata. Itu dahulu, tidak lagi kini.
Benar kata-kata Barisan Pembangkang, golongan muda masakini lebih matang, tak mudah dimakan dek pujuk. Tapi kami juga golongan yang pandai melihat kepentingan kaum, ekonomi dan juga negara. Siapa sanggup melihat negara sendiri digadaikan kepada orang luar? Siapa yang mahu melihat negara, agama dan bangsa dihina? Sukakah kita melihat bendera Jalur Gemilang dibakar? Dihenyak-henyak oleh mereka yang hanya melihat erti kemerdekaan dengan pertumpahan darah?
Kepujian diberi kepada warga Malaysia tidak bertindak bodoh seperti mereka. Walaupun seagama dan serumpuan mereka masih lagi berdengki dengan kita. Tidak kemana mereka, walaupun kemajuan dalam kelapa sawit dan getah yang akan menyaingi kita, kiranya mereka masih lagi bersikap seperti manusia Zaman Paliolitik lagi. Sedih melihat sesama Islam masih lagi kabur dengan wang ringgit dan kekayaan.
Kembali ke Malaysia, saya seboleh-boleh tidak mahu terlibat dalam politik. Apakan daya, mudah bagi orang yang berkata; "biarkan," atau "buat tak tahu, pedulikan." Mungkin pada mereka itu perkara diluar bidang kita. Bolehlah disamakn sikap itu apabila kita melihat didepan mata kita orang dilanggar, diragut dan ditikam. Istilah biarkan itu akan menghantui kita, tatkala kita di Akhirat kelak.
Mengapa saya lihatkan yang sentiasa beradu tenaga adalah dikalangan Melayu? Dimanakah MIC, MCA, GERAKAN, DAP, PPP dan pari-parti lain bukan bumiputera atau yang diketuai orang Melayu? Mengapakah mereka diam?
Inilah apa yang kita katakan diam-diam ubi berisi. Mereka hanya bersuara bila perlu. Saya memuji sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dimana beliau berjaya mendiamkan diri walhal banyak isu dikatakan dan memburukkan beliau. Mungkin pada beliau tidak perlulah melayan hanya beberapa ratus orang Melayu yang menuntut hak mereka sedangkan beribu-ribu lagi kaum Melayu disana tidak berkata apa-apa. Begitu juga walhal Perdana Menteri ke 6 kita apabila ditujukan soal hak Melayu oleh ketua-ketua pembangkang seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain.
Saya tidaklah begitu celik politik, sedikit sebanyak pun saya peroleh melalui pemantauan.
Kecewa melihat hanya Melayu yang banyak bergaduh, mencaci sesama kita dan mengkafirkan sesama kita. Saya hanya memberi pendapat sebagai pemantau. Tiada pengalaman apa-apa dalam politik Malaysia tetapi rayu saya, hentikanlah persengketaan antara Melayu? Perlukah kita meniru negara lain, bergaduh sesama sendiri semata-mata gila kuasa nakkan takhta Perdana Menteri? Pentingkah itu sehingga rakyat diporakperandakan keamanan?
Begitu pentingkah parti masing-masing sehingga sanggup menggadai, memalukan agama Islam? Pada saya, baiklah kita dibawah pimpinan diktator dari melihat kepimpinan Melayu yang sering tikam menikam sesama sendiri. Sedih melihat, 50 tahun merdeka tetapi Melayu tidak kemana. Dimana silapnya?